Khamis, 15 Oktober 2009

MENGAPA BANGAU KURUS



Pada suatu hari, Raja Sulaiman memanggil semua burung datang mengadap. Semua jenis burung hadir.

“Beta ingin sampaikan berita gembira. Hari ini genaplah seratus purnama beta memerintah. Oleh itu beta ingin beri hadiah istimewa. Kamu boelh minta apa sahaja. Beta akan tunaikan permintaan kamu,” titah Raja Sulaiman. Semua burung berasa gembira. Ada yang bersorak-sorak. Ada yang melompat-lompat.

“Bolehkan patik mendapat bulu yang cantik tuanku? Patik ingin jadi burung paling cantik di dunia,” kata merak.

“Tentu boleh. Beta akan tunaikan permintaan kamu itu,” titah Raja Sulaiman sambil tersenyum.
“Kamu pula hendak apa?” Tanya Raja Sulaiman kepada kelicap.

“Kalau boleh, patik ingin paruh yang panjang,” kata kelicap.

“Kenapa minta paruh yang panjang?” Tanya Raja Sulaiman.

“Patik suka minum madu, tuanku. Kalau paruh patik panjang, senanglah hisap madu bunga,” jawab kelicap,” jawab kelicap.

“Baiklah, beta akan tunaikan permintaan kamu itu, itik. Beta akan beri kamu kaki yang lebar,” jawab Raja Sulaiman.

“Patik ingin sarang yang cantik, tuanku,” kata tempua.

“Kalau begitu, beta akan beri kamu kepandaian membuat sarang,” titah baginda.

“Tuanku, tubuh patik ini kecil. Kalau boleh patik mahu kepala patik berwarna putih. Dari jauh lagi sudah dapat dilihat,” pinta pipit.

“Perkara itu mudah sahaja. Akan beta tunaikan,” titah Raja Sulaiman lagi.

Semua burung telah meminta hajat mereka. Kini Cuma tinggal giliran bangau yang sombong.
“Pintalah segera wahai bangau. Beta pasti tunaikan,” titah Raja Sulaiman.

“Baiklah tuanku. Patik mahu minta makan tujuh hari sekali,” kata bangau.

“Apa? Boleh kamu ulang?” soal Raja Sulaiman. Baginda terkejut.

“Patik mahu minta makan tujuh hari sekali,” kata bangau lagi.

Semua burung yang ada terkejut. Mereka hairan dengan permintaan itu. Raja Sulaiman juga berasa ganjil. Baginda suruh bangau ulangi lagi permintaannya. Bangau tetap berkata seperti itu juga. Akhirnya Raja Sulaiman puas hati. Baginda akan tunaikan permintaan bangau itu.

Esoknya, bangau pergi ke tepi tasik. Ia ingin mencari ikan. Namun, seekor pun dia tidak dapat. Pada hari ketujuh barulah dia dapat seekor.

Kenapa aku susah hendak dapat makanan? Bukankah aku minta banyak makanan daripada baginda? Bisik bangau dalam hati. Tiba-tiba bangau teringat kembali kata-katanya dahulu. Ia meminta makan tujuh hari sekali. Bukan minta makan tujuh kali sehari.

“Aku dah tersalah cakap. Patutlah semua burung hairan. Tak seekor pun tolong betulkan cakap aku. Mungkin kerana aku sombong. Aku menyesal,” kata bangau sendirian.

Mulai hari itu bangau sukar dapat ikan. Badannya semakin kurus. Ia rasa sedih. Kadang-kadang ia berdiri lama dalam air. Ia termenung memikirkan nasibnya. Itulah sebabnya badan bangau kurus.
Pengajaran :
1. Jangan bersikap sombong.
2. Berfikir sebelum membuat keputusan.
3. Terimalah takdir dengan redha.
Adaptasi daripada Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia. 2007. Othman Puteh dan Aripin Said. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

38 ulasan:

  1. begini ceritanya paduhal.... endak paut

    BalasPadam
    Balasan
    1. uvygghmjiomnihbtgbnhjmk,.hjbgyvgycbuvnghbnhvbtycvuutynjhbnbbtgvfgvghvbvfcvfcfcfcfcfcfccfcfcfcfcfcfccfcffcfcfcfgvgbuygvyubkhjbj.;uigyvgbcygvgjbvghvtfdyffyftftftftftftftftftftfftftftftftyikivbluvhb cftyvgugvgtcryfcyffffcfccfcfcfcffcfcfcykvgyufgyug;p9oyhyyyjnio889898989hhijnhybyhubvyop-[[[[[]]]]]\\\\\\\\''';;;;nhibniubibbbibibibbibibiibuvbvobyhybguiobyujbipui9hibvghibli

      Padam
  2. tak faham laa.......... tolong detailkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. kesian bangau ............dia tak sengaja

      Padam
  3. 7 hari sekali?? Apa yg salahnye? Takpaham la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia makn sekali je dlm masa tujuh hari

      Padam
    2. nipu aku x cyo...

      Padam
    3. dh namanya pun dongeng cerita rakyat. utk hiburan semata2.. sape suh caya

      Padam
  4. haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  5. bangau oh bangau ................

    BalasPadam
  6. gitu ta ceritanya.....

    BalasPadam
  7. TAHNIAH BANGAU !!!! =D

    BalasPadam
  8. thats good story

    BalasPadam
  9. apa kaum?
    Saya nak buat folio ,terima kasih~

    BalasPadam
  10. nie crita rkyt ape ek?

    BalasPadam
  11. padan muka bangau =P

    BalasPadam
  12. Adakah ini cerita rakyat Kaum Kadazan atau Iban?

    BalasPadam
  13. Adakah ini cerita rakyat Kaum Iban atau Kadazan?

    BalasPadam
  14. Aku rasa cerita kaum melayu niym... Sbb ape, sbb nye cerita ni ade sultan sulaiman so confirm cite melayu... Aku rase je lah...

    BalasPadam
  15. bole tnya??siapakh penulis cerita ini??

    BalasPadam
  16. apa kaum? tolong balas.sya nak buat folio

    BalasPadam
  17. sahata do tusi ; TAON

    BalasPadam
  18. cerita yg cukup menarik kita dapat menarik kesimpulan dari cerita ini....

    BalasPadam
  19. terimakasih gan infonya menarik jangan lupa mampir ke http://girimiharja.student.ipb.ac.id

    BalasPadam
  20. kelicap patutnya mintak badan besar gajah

    BalasPadam
  21. kaum apa???? nakbuat folio ni

    BalasPadam
  22. Kaum ape pun tak tau ke? Adui..raja sulaiman tu nabi sulaiman lah..takkan tak tau nabi sulaiman tu kaum ape? Klau tak tau jugk baik minum air sabunlah bgi bersih otak tu..haha

    BalasPadam
  23. #PINOQQ#
    BANYAK BONUS DAN MUDAH MENANG 100%
    Keunggulan PINOQQ :
    - PROSES DEPO & WD MUDAH TANPA RIBET
    - PROSES DEPO & WD TERCEPAT
    - KARTU-KARTU BERKUALITAS DISAJIKAN
    - CS RAMAH & PROFESIOANAL SIAP MEMBANTU 24JAM
    - TIPS & TRIK SELALU DI INFOKAN KE SEMUA MEMBER HANYA DI SINI
    - SEMUA BANK ONLINE 24 JAM ( JIKA TIDAK ADA GANGGUAN )
    Nikmati juga HOT PROMO bersama kami:
    * BONUS TURNOVER 0.3% (DIBAGIKAN SETIAP 5 Hari 1x)
    * BONUS REFERRAL 15% (SEUMUR HIDUP)
    Tunggu apalagi bos ^^ Langsung daftar diri anda DI PINOQQ
    hubungi melalui LiveChat&WA DAN SIAP melayani 24 jam
    - WA : +855 969 787 541
    - LINE : pino_qq
    - TELEGRAM : +855969787541
    - LINK : WWW.PINO22(.)NET
    Salam Sukses & Hoki
    => DAFTARKAN SEKARANG JUGA <=

    BalasPadam
  24. M4SIH PERC4YA S1TUS LAIN BERI KEMEN4NGAN?
    JANGAN BU4NG MODAL DI S1TUS L4IN
    R4IH WD BESARNYA K4RTU SUPER BAGUS
    WA : +85569551795 / GESITPELANGI,ORG

    BalasPadam