Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang ialah dua orang puteri dewa kayangan yang mempunyai paras rupa dan kecantikan yang tiada tolok bandingnya ketika itu. Sesiapa sahaja yang memandang pasti akan terpikat.
Paras kedua-dua puteri anak dewa dari kayangan itu bagaikan purnama menghias alam, bersinar-sinar bergemerlapan. Alis mata, yang lentik dan ekor mata seperti seroja biru di kolam madu.
Walaupun ketinggian tubuh mereka hanyalah sederhana tetapi suara mereka cukup merdu seperti seruling bambu. Inilah kelebihan yang terdapat pada Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang.
Kehidupan Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang amat mesra sekali. Mereka diibaratkan adik-beradik kembar. Senyuman dan kegembiraan sentiasa bermain dibibir. Bergurau dan bersenda tidak lekang daripada keduanya. Mereka sentiasa sepakat dan sekata. Demikianlah kehidupan yang mereka lalui setiap hari.
“Sejenjang, selepas selesainya kerja kita berdua ini, kita bermain-main, mahu?” Tanya Puteri Santubong kepada Puteri Sejenjang yang asyik menumbuk padi.
“Baiklah. Tapi kita mahu main apa ya?” balas Puteri Sejenjang.
“Baiklah. Tapi kita mahu main apa ya?” balas Puteri Sejenjang.
“Kita main sorok-sorok di taman bunga di halaman sana. Lepas itu kita petik bunga-bunga yang telah mekar di taman.”
“Yalah Santubong! Sudah lama juga kita tidak memetik bunga-bunga di taman sana.”
Menantikan saat itu, kedua-duanya meneruskan pekerjaan masing-masing hingga selesai.
Pekerjaan Puteri Santubong dari siang hingga malam hanyalah menenun kain. Manakala Puteri Sejenjang pula asyik dengan menumbuk padi.
Pada suatu hari, ketika Puteri Santubong leka menenun kain dan Puteri Sejenjang asyik menumbuk padi, berbual-buallah mereka tentang kecantikan diri masing-masing. Mereka memuji-muji tentang kelebihan diri sendiri.
“Sejenjang! Kau lihat tak diri aku yang serba tidak cacat ini! Dengan duduk menenun seperti ini, aku dapat menjaga kerampingan pinggangku ini. Aku pasti suatu hari nanti, bila anak raja sampai ke mari, dia akan melamar dan mengahwini aku. Aduh! Betapa bahagianya di saat itu, Sejenjang?” Tanya Santubong kepada Sejenjang yang asyik menumbuk padi.
Puteri Santubong terus memuji-muji akan kecantikan dirinya. “Bila aku sudah diam di istana nanti, tentunya dayang-dayang mengelilingi aku, sambil menyikat-nyikat rambutku yang mengurai ini. Nanti mereka akan berkata, inilah anak dewa kayangan yang paling cantik pernah mereka temui. Saat itu akulah tuan puteri yang paling cantik di dunia ini.”
Puteri Sejenjang yang asyik menumbuk padi mulai merasa marah dan cuba menentang kata-kata Puteri Santubong yang menganggap dirinya sahajalah yang paling cantik. Puteri Sejenjang menyatakan dirinya yang paling cantik dan rupawan. Kecantikannya mengalahi paras rupa Puteri Santubong.
“Tidakkah kau tahu Santubong? Dengan cara berdiri menumbuk padi begini menjadikan tubuhku ini, kuat dan tegap. Subur menawan. Leher juga jinjang. Betis bagaikan bunting padi.”
“Dengan menumbuk padi ini juga jari-jemariku halus dan lenganku ini serasa tegap daripada engkau yang asyik bongkok menenun kain. Entah nanti, engkau cepat pula rebah ke bumi. Takut pula anak raja itu melamar aku dahulu,” balas Puteri Sejenjang.
Mendengar kata-kata Puteri Sejenjang, Puteri Santubong enggan mengalah. Puteri Sejenjang juga pantang menyerah. Masing-masing mahu dipuji. Akhirnya, pertengkaran antara Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang semakin hangat. Masing-masing tidak dapat mengawal perasaan mereka lagi. Pertengkaran antara keduanya berlarutan.
Daripada nada suara yang rendah bertukar menjadi lantang sambil mencaci-caci dan menghina antara satu dengan yang lain.
“Sejenjang! Kalau asyik pegang antan, jangan harap betis kau tu akan jadi bunting padi. Takut lemak tak berisi. Dek antan tu jugalah jari-jemari kau tu, kesat dan kasar. Tidak seperti jari-jemariku ini yang halus serta runcing,” kata Puteri Santubong dengan bangga.
Dengan perasaan penuh dendam dan dengan amat marah, Puteri Sejenjang hilang sabar lalu menyerang Puteri Santubong dengan antan di tangan. Ayunan pukulan Puteri Sejenjang amat kuat dan cepat, lalu terkenalah ke pipi Puteri Santubong yang sedang duduk menenun kain. Menjeritlah Puteri Santubong kerana kesakitan.
Puteri Santubong bertambah marah. Puteri Santubong juga tidak berdiam diri, lantas menikam Puteri Sejenjang dengan batang belidah yang ada dalam genggamannya. Tikaman itu tepat ke arah kepala Puteri Sejenjang dan menembusinya. Maka menjeritlah pula Puteri Sejenjang sekuat-kuatnya akibat kesakitan tikaman tersebut. Berakhirlah sebuah persahabatan dan persaudaraan yang telah dijalin oleh mereka selama ini.
Kononnya akibat pergaduhan dan ayunan antan puteri Sejenjang yang terkena ke pipi Puteri Santubong menyebabkan Gunung Santubong telah terpecah menjadi dua seperti yang dilihat pada hari ini. Demikian juga dengan tikaman batang belidah oleh Puteri Santubong yang mengenai tepat ke kepala Puteri Sejenjang, menyebabkan Bukit Sejenjang pecah bertaburan menjadi pulau-ulau kecil berhampiran Gunung Santubong.
Kisah sedih di antara Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang akhirnya menjadi kenangan dan ingatan rakyat Sarawak. Maka lahirlah lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang yang kita dengar sehingga ke hari ini.
Oh……Puteri Santubong,
Sejinjang sayang,
Kisah lama, Zaman mensia maya.
Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.
Oh……
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh……
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.
Satu hari nya dua kelahi,
Beranuk anuk sik renti-renti,
Seorang madah dirik bagus agik,
Seorang sik ngalah walau sampai ke mati.
Udah lejuk nya duak kelahi,
Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Tebik Santubong sampai gituk ari.
Tapi Santubong membalas juak,
Lalu ditikam batang belidak,
Sampei terkena Sejinjang kepala,
Lalu bertabor jadi Pulo Kera.
Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Kinik tuk tinggal jadi kenangan,
Pakei ingatan sepanjang zaman.
Pengajaran :
1. Iri hati membawa mati.
2. Jangan sombong.
Adaptasi daripada Dewan Pelajar. Februari 1989.


saya suka dengar lagu dan cerita dia berdua nih best larr kan..kan...kan hihihihih
BalasPadambtol 3x
Padambtul3 setuju .waktu drjh 5 prnh nyanyi lagu ni waktu sivik kat skolah
Padamsaya juga minat mendengar lagu ini dan cerita putri santubong dan putri sanjinjang.cerita ini sangat sedih...segal menceritakan kecantikan mereka berdua...persahabatan mereka dan persaudaraan mereka menjadi musnah,kerana memuji kecantikan dirisendiri.kita tak payah lah nak puji kecantikan kita dirisendiri dpan saudara atau sahabat kita...biarlah mereka memuji kita....
PadamJANGAN BERKELAHI DENGAN SAUDARA DAN SAHABAT KITA SENDIRI
sedeh nyer dengar ..
BalasPadamkesian 2 orunx sahabat ini
adakah cerita ini cerita dongeng semata2???
BalasPadammungkin ye jugak....
PadamLegenda laaaa
Padambest la lagu die
BalasPadambtol 3x
Padam??
BalasPadamSaya sbgai rkyat Sarawak nieh , brsa amat bngga . .
Tpi yg dorang nih gado , tuh la psal tak bez . .
hurmp..
Wallahua'lam ...
sabar je la ye
Padamsyok jugak citer nieh kenapalah persahaatan diorang dipisahkan kerana raja tuu.....
BalasPadamanis zulaikha.........
mungkin kalo diorg x gadoh mungkin diorg maseh ade skarg??
BalasPadamye la kot...:>
Padamkerna tidak mahu mengalah n perasan hasad dengki menghantui diri masing2 telah membuatkan satu pershabtan menjadi musuh...sedih lagu nieee....
BalasPadamsedih sama seperti saya dan adik saya
BalasPadamkesian diorang.... tula sebab mereka bergaduh.... walaupun saya ni orang kl, saya tetap ambil berat tentang mereka...
BalasPadamadui, baik diorang kawen ngn aku je, 2 isteri. settle kes.
BalasPadam2 org puteri ni mmg wujud. Tp mrk bkn dewi kayangan. Mrk adalah puteri bangsawan yg asal dari brunei smasa swk dulu nya d bwh kerajaan brunei. Mrk d arahkan utk mjaga kwsn yg dikenali Santubong skrg ni. Oleh krn rakyat d kws bwh kaki gunung punye versi cerita, oleh itu cerita rakyat la jadinya.
BalasPadampergaduhan paling kejam di dunia...
BalasPadamMacamana nak dengar lagu ni yek?
BalasPadammaca tu lah
Padammane dapat
BalasPadamjangan iri hati sebab iri hati membawa mati.....
BalasPadamingat!!!!!jangan sombong...
BalasPadamfitri meletup.ingat kita tidak boleh memuji diri kita yang tak seberape..........sombong
BalasPadamingat tau jangan sombong
BalasPadamseronoknya
BalasPadambest..best.. kudus puan alynn d blogger
BalasPadamsaya sebagai orang Sarawak amat berbangga dengan cerita ini
BalasPadamJadikan cerita rakyat ini sebagai teladan kepada semua 0rang di dunia ini...Jangan iri hati & s0mb0ng kerana ia b0leh menjadi sebahagian daripada cerita ini... ~^_*~
BalasPadamFATIN SYAHIRAH....
saya harap cerita ini menjadi pengajaran untuk semua yang membacanya.
Padambest crita nii ,
BalasPadambetul...betul...betul.... memang cerita ini boleh di jadikan teladan.
BalasPadamcerita nii best....lagu dia pun seedap
BalasPadamcerita ini sungguh menarik.saya suka.
BalasPadamtpi masih ada lagi sik yg blum anda ketahui asal yg sebetulnya...dari seorg yg simpan kisah yg sebelum mereka b'gaduh besar......
BalasPadamSuka .
BalasPadamAsal nye dr kyangan.. d trun ke bumi tuk mnjaga gnung2 ngeri srawak.. x brapa pasti tp dr crte org srwak dye org bgduh pasal seorang putera... dlm buku himpunan 366 cerita rakyat malaysia thun ni ade.. kisah dye lain.. tp if flow lirik lgu tu mmg mcm crte d atas.. nme bkn sejenjang.. tp sejinjang.
BalasPadamsaya suka sangat cerita ni .... meme sesuai untk saya buat cerita untuk dipersembahkan kat smk nanti ..
BalasPadam