Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang ialah dua orang puteri dewa kayangan yang mempunyai paras rupa dan kecantikan yang tiada tolok bandingnya ketika itu. Sesiapa sahaja yang memandang pasti akan terpikat.
Paras kedua-dua puteri anak dewa dari kayangan itu bagaikan purnama menghias alam, bersinar-sinar bergemerlapan. Alis mata, yang lentik dan ekor mata seperti seroja biru di kolam madu.
Walaupun ketinggian tubuh mereka hanyalah sederhana tetapi suara mereka cukup merdu seperti seruling bambu. Inilah kelebihan yang terdapat pada Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang.
Kehidupan Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang amat mesra sekali. Mereka diibaratkan adik-beradik kembar. Senyuman dan kegembiraan sentiasa bermain dibibir. Bergurau dan bersenda tidak lekang daripada keduanya. Mereka sentiasa sepakat dan sekata. Demikianlah kehidupan yang mereka lalui setiap hari.
“Sejenjang, selepas selesainya kerja kita berdua ini, kita bermain-main, mahu?” Tanya Puteri Santubong kepada Puteri Sejenjang yang asyik menumbuk padi.
“Baiklah. Tapi kita mahu main apa ya?” balas Puteri Sejenjang.
“Baiklah. Tapi kita mahu main apa ya?” balas Puteri Sejenjang.
“Kita main sorok-sorok di taman bunga di halaman sana. Lepas itu kita petik bunga-bunga yang telah mekar di taman.”
“Yalah Santubong! Sudah lama juga kita tidak memetik bunga-bunga di taman sana.”
Menantikan saat itu, kedua-duanya meneruskan pekerjaan masing-masing hingga selesai.
Pekerjaan Puteri Santubong dari siang hingga malam hanyalah menenun kain. Manakala Puteri Sejenjang pula asyik dengan menumbuk padi.
Pada suatu hari, ketika Puteri Santubong leka menenun kain dan Puteri Sejenjang asyik menumbuk padi, berbual-buallah mereka tentang kecantikan diri masing-masing. Mereka memuji-muji tentang kelebihan diri sendiri.
“Sejenjang! Kau lihat tak diri aku yang serba tidak cacat ini! Dengan duduk menenun seperti ini, aku dapat menjaga kerampingan pinggangku ini. Aku pasti suatu hari nanti, bila anak raja sampai ke mari, dia akan melamar dan mengahwini aku. Aduh! Betapa bahagianya di saat itu, Sejenjang?” Tanya Santubong kepada Sejenjang yang asyik menumbuk padi.
Puteri Santubong terus memuji-muji akan kecantikan dirinya. “Bila aku sudah diam di istana nanti, tentunya dayang-dayang mengelilingi aku, sambil menyikat-nyikat rambutku yang mengurai ini. Nanti mereka akan berkata, inilah anak dewa kayangan yang paling cantik pernah mereka temui. Saat itu akulah tuan puteri yang paling cantik di dunia ini.”
Puteri Sejenjang yang asyik menumbuk padi mulai merasa marah dan cuba menentang kata-kata Puteri Santubong yang menganggap dirinya sahajalah yang paling cantik. Puteri Sejenjang menyatakan dirinya yang paling cantik dan rupawan. Kecantikannya mengalahi paras rupa Puteri Santubong.
“Tidakkah kau tahu Santubong? Dengan cara berdiri menumbuk padi begini menjadikan tubuhku ini, kuat dan tegap. Subur menawan. Leher juga jinjang. Betis bagaikan bunting padi.”
“Dengan menumbuk padi ini juga jari-jemariku halus dan lenganku ini serasa tegap daripada engkau yang asyik bongkok menenun kain. Entah nanti, engkau cepat pula rebah ke bumi. Takut pula anak raja itu melamar aku dahulu,” balas Puteri Sejenjang.
Mendengar kata-kata Puteri Sejenjang, Puteri Santubong enggan mengalah. Puteri Sejenjang juga pantang menyerah. Masing-masing mahu dipuji. Akhirnya, pertengkaran antara Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang semakin hangat. Masing-masing tidak dapat mengawal perasaan mereka lagi. Pertengkaran antara keduanya berlarutan.
Daripada nada suara yang rendah bertukar menjadi lantang sambil mencaci-caci dan menghina antara satu dengan yang lain.
“Sejenjang! Kalau asyik pegang antan, jangan harap betis kau tu akan jadi bunting padi. Takut lemak tak berisi. Dek antan tu jugalah jari-jemari kau tu, kesat dan kasar. Tidak seperti jari-jemariku ini yang halus serta runcing,” kata Puteri Santubong dengan bangga.
Dengan perasaan penuh dendam dan dengan amat marah, Puteri Sejenjang hilang sabar lalu menyerang Puteri Santubong dengan antan di tangan. Ayunan pukulan Puteri Sejenjang amat kuat dan cepat, lalu terkenalah ke pipi Puteri Santubong yang sedang duduk menenun kain. Menjeritlah Puteri Santubong kerana kesakitan.
Puteri Santubong bertambah marah. Puteri Santubong juga tidak berdiam diri, lantas menikam Puteri Sejenjang dengan batang belidah yang ada dalam genggamannya. Tikaman itu tepat ke arah kepala Puteri Sejenjang dan menembusinya. Maka menjeritlah pula Puteri Sejenjang sekuat-kuatnya akibat kesakitan tikaman tersebut. Berakhirlah sebuah persahabatan dan persaudaraan yang telah dijalin oleh mereka selama ini.
Kononnya akibat pergaduhan dan ayunan antan puteri Sejenjang yang terkena ke pipi Puteri Santubong menyebabkan Gunung Santubong telah terpecah menjadi dua seperti yang dilihat pada hari ini. Demikian juga dengan tikaman batang belidah oleh Puteri Santubong yang mengenai tepat ke kepala Puteri Sejenjang, menyebabkan Bukit Sejenjang pecah bertaburan menjadi pulau-ulau kecil berhampiran Gunung Santubong.
Kisah sedih di antara Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang akhirnya menjadi kenangan dan ingatan rakyat Sarawak. Maka lahirlah lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang yang kita dengar sehingga ke hari ini.
Oh……Puteri Santubong,
Sejinjang sayang,
Kisah lama, Zaman mensia maya.
Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.
Oh……
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh……
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.
Satu hari nya dua kelahi,
Beranuk anuk sik renti-renti,
Seorang madah dirik bagus agik,
Seorang sik ngalah walau sampai ke mati.
Udah lejuk nya duak kelahi,
Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Tebik Santubong sampai gituk ari.
Tapi Santubong membalas juak,
Lalu ditikam batang belidak,
Sampei terkena Sejinjang kepala,
Lalu bertabor jadi Pulo Kera.
Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Kinik tuk tinggal jadi kenangan,
Pakei ingatan sepanjang zaman.
Pengajaran :
1. Iri hati membawa mati.
2. Jangan sombong.
Adaptasi daripada Dewan Pelajar. Februari 1989.
saya suka dengar lagu dan cerita dia berdua nih best larr kan..kan...kan hihihihih
BalasPadambtol 3x
Padambtul3 setuju .waktu drjh 5 prnh nyanyi lagu ni waktu sivik kat skolah
Padamsaya juga minat mendengar lagu ini dan cerita putri santubong dan putri sanjinjang.cerita ini sangat sedih...segal menceritakan kecantikan mereka berdua...persahabatan mereka dan persaudaraan mereka menjadi musnah,kerana memuji kecantikan dirisendiri.kita tak payah lah nak puji kecantikan kita dirisendiri dpan saudara atau sahabat kita...biarlah mereka memuji kita....
PadamJANGAN BERKELAHI DENGAN SAUDARA DAN SAHABAT KITA SENDIRI
saya pun suka lagu puteri santubong puteri sejinjang
Padambest sangat2x
apa tajuk lagu Nye
Padamtiberrr
PadamSAKAI ULASAN BABI
PadamKejadian yang betul
Padamsedeh nyer dengar ..
BalasPadamkesian 2 orunx sahabat ini
adakah cerita ini cerita dongeng semata2???
BalasPadammungkin ye jugak....
PadamLegenda laaaa
Padambest la lagu die
BalasPadambtol 3x
Padam??
BalasPadamSaya sbgai rkyat Sarawak nieh , brsa amat bngga . .
Tpi yg dorang nih gado , tuh la psal tak bez . .
hurmp..
Wallahua'lam ...
sabar je la ye
Padamsyok jugak citer nieh kenapalah persahaatan diorang dipisahkan kerana raja tuu.....
BalasPadamanis zulaikha.........
mungkin kalo diorg x gadoh mungkin diorg maseh ade skarg??
BalasPadamye la kot...:>
Padamkalo diorg hidup lagi boleh lah kita tengok kecantikan diorg tu..kan
Padamcantik sangat ke
Padamkerna tidak mahu mengalah n perasan hasad dengki menghantui diri masing2 telah membuatkan satu pershabtan menjadi musuh...sedih lagu nieee....
BalasPadamsedih sama seperti saya dan adik saya
BalasPadamkesian diorang.... tula sebab mereka bergaduh.... walaupun saya ni orang kl, saya tetap ambil berat tentang mereka...
BalasPadamadui, baik diorang kawen ngn aku je, 2 isteri. settle kes.
BalasPadamlel..byk cantik XD
Padam2 org puteri ni mmg wujud. Tp mrk bkn dewi kayangan. Mrk adalah puteri bangsawan yg asal dari brunei smasa swk dulu nya d bwh kerajaan brunei. Mrk d arahkan utk mjaga kwsn yg dikenali Santubong skrg ni. Oleh krn rakyat d kws bwh kaki gunung punye versi cerita, oleh itu cerita rakyat la jadinya.
BalasPadampergaduhan paling kejam di dunia...
BalasPadamMacamana nak dengar lagu ni yek?
BalasPadammaca tu lah
Padammane dapat
BalasPadamjangan iri hati sebab iri hati membawa mati.....
BalasPadamingat!!!!!jangan sombong...
BalasPadamfitri meletup.ingat kita tidak boleh memuji diri kita yang tak seberape..........sombong
BalasPadamingat tau jangan sombong
BalasPadamseronoknya
BalasPadambest..best.. kudus puan alynn d blogger
BalasPadamsaya sebagai orang Sarawak amat berbangga dengan cerita ini
BalasPadamJadikan cerita rakyat ini sebagai teladan kepada semua 0rang di dunia ini...Jangan iri hati & s0mb0ng kerana ia b0leh menjadi sebahagian daripada cerita ini... ~^_*~
BalasPadamFATIN SYAHIRAH....
saya harap cerita ini menjadi pengajaran untuk semua yang membacanya.
Padamdh jadi pon...hehe :)
Padambest crita nii ,
BalasPadambetul...betul...betul.... memang cerita ini boleh di jadikan teladan.
BalasPadamcerita nii best....lagu dia pun seedap
BalasPadamcerita ini sungguh menarik.saya suka.
BalasPadamtpi masih ada lagi sik yg blum anda ketahui asal yg sebetulnya...dari seorg yg simpan kisah yg sebelum mereka b'gaduh besar......
BalasPadamSuka .
BalasPadamAsal nye dr kyangan.. d trun ke bumi tuk mnjaga gnung2 ngeri srawak.. x brapa pasti tp dr crte org srwak dye org bgduh pasal seorang putera... dlm buku himpunan 366 cerita rakyat malaysia thun ni ade.. kisah dye lain.. tp if flow lirik lgu tu mmg mcm crte d atas.. nme bkn sejenjang.. tp sejinjang.
BalasPadamsaya suka sangat cerita ni .... meme sesuai untk saya buat cerita untuk dipersembahkan kat smk nanti ..
BalasPadamkisah sntubong dn sejijang yang memalukan ayahdanya .. saya suka lucu dan semuanya lah alang alang!!!
BalasPadamcerita memberi banyak manfaat contohnya sebagai rakan janganlah kita iri hati terhadap rakan yg lain;)
BalasPadamsaya pernah berlakon teater jadi puteri santubong
BalasPadamboleh saya dptkn vdeo yg awak lakonkan. sebab nak buat kajian tentng teater puteri Santubong. (ainolariff.manchesterunited@gmail.com-pelajar UPSI)
Padamboleh saya dptkn vdeo yg awak lakonkan. sebab nak buat kajian tentng teater puteri Santubong. (ainolariff.manchesterunited@gmail.com-pelajar UPSI)
Padami think the story is teaching us not to be proud of our own advantage.
BalasPadamboleh larr.......
Padamgmna yha
BalasPadambest giler..cite nie...pengajaran dy pon ok...jgn sombong kpd org k...n iri bawah matie tu...hehe
BalasPadambenarlah kata-kata lebih tajam dari pisau ..... Kata yang memudaratkan persahabatan ..... Akhirnya maut sampai dua dua mati .... CIAN PULA .....
BalasPadamkisah cerita yg cukup menarik buat saya kita dapat menarik kesimpulan dari cerita ini...
BalasPadamWt pe nk gduh2 tu.. Tengok pe dha jdy cian nye :-/
Padamterimakasih gan infonya menarik jangan lupa mampir ke http://girimiharja.student.ipb.ac.id
BalasPadamSiok ni cerita but betul ke dulu kecantikan mereka tu takde tanding??
BalasPadambtol jugak awk
PadamBest jugak la lgu ni..tpi,,lgi best cite frozen
BalasPadamKesian brgaduh kerana lelaki..membawa mati..muka cntik tp hati buruk..ramai je wanita mcmni..
BalasPadam-AR-
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamMereka dari kayangan..di turunkn ke bumi atas titah ayahanda sultan mereka berdua..mereka ni dr golongan bunian..gunung santubong berkaitan rapat dgn gunung ledang (johor) dan pulau besar (melaka).. insyaAllah januari 2016@february sy akn ke gunung santubong atas undangan ayahanda sultan,puteri santubong dan puteri sejinjang..
BalasPadamPuteri santubong 01129680330
Mereka dari kayangan..di turunkn ke bumi atas titah ayahanda sultan mereka berdua..mereka ni dr golongan bunian..gunung santubong berkaitan rapat dgn gunung ledang (johor) dan pulau besar (melaka).. insyaAllah januari 2016@february sy akn ke gunung santubong atas undangan ayahanda sultan,puteri santubong dan puteri sejinjang..
BalasPadamPuteri santubong 01129680330
Mereka dari kayangan..di turunkn ke bumi atas titah ayahanda sultan mereka berdua..mereka ni dr golongan bunian..gunung santubong berkaitan rapat dgn gunung ledang (johor) dan pulau besar (melaka).. insyaAllah januari 2016@february sy akn ke gunung santubong atas undangan ayahanda sultan,puteri santubong dan puteri sejinjang..
BalasPadamPuteri santubong 01129680330
Mereka dari kayangan..di turunkn ke bumi atas titah ayahanda sultan mereka berdua..mereka ni dr golongan bunian..gunung santubong berkaitan rapat dgn gunung ledang (johor) dan pulau besar (melaka).. insyaAllah januari 2016@february sy akn ke gunung ledang atas undangan ayahanda sultan,puteri santubong dan puteri sejinjang..
BalasPadamSy pun suka sgt2
BalasPadamSedih jugak dgn crita ni..adakah kedua duanya mati..?
BalasPadamSedih jugak dgn crita ni..adakah kedua duanya mati..?
BalasPadamSy pun suka sgt2
BalasPadamx best lansung
Padamkalau best mesti orang suka
BalasPadamshoqqqq
BalasPadamtak bestttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt lansung...................................
BalasPadamhmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmhmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm..hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmhhhhhhhhhhhhhhhhhhhmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmhhhhhhhhhhhhhhh...............................................
BalasPadamcerita ini sangat bagus. saya suka akan cerita ini
Padamsaya robot , ,,kawan kamu
BalasPadamAssalamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang Pengusaha Butik yg Sukses, kini saya gulung tikar akibat di tipu teman sendiri, ditengah tagihan utang yg menumpuk, Suami pun meninggalkan saya, dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini, saya coba buka internet untuk cari lowongan kerja, dan secara tdk sengaja sy liat situs pesugihan AKI SYEH MAULANA, awalnya saya ragu dan tidak percaya, tapi setelah saya lihat pembuktian video AKI ZYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsug hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari, Alhamdulilah Ternyata benar benar terbukti dan 2Miliar yang saya minta benar benar ada di tangan saya, semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir Tuhan. Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita, semua cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya. Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. Dan satu hal yang perlu Anda ingat, “Jika Anda terlahir miskin itu bukan salah siapapun, namun jika Anda mati miskin itu merupakan salah Anda, saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyak Dikenal Oleh Kalangan Pejabat, Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia,jika anda ingin seperti saya silahkan Lihat No Tlp Aki Di website/internet »»>KLIK DISINI<««
BalasPadamwah seronoknya dongeng ni
BalasPadamlagu ni pun best
BalasPadammenghilangkan stress apabila baca ni
BalasPadamnak kena hadap upsr
Senang mendapat maklumat apabila hendak buat kerja sekolah sejarah
BalasPadamMemang senang
PadamMemang senang
BalasPadam#PINOQQ#
BalasPadamBANYAK BONUS DAN MUDAH MENANG 100%
Keunggulan PINOQQ :
- PROSES DEPO & WD MUDAH TANPA RIBET
- PROSES DEPO & WD TERCEPAT
- KARTU-KARTU BERKUALITAS DISAJIKAN
- CS RAMAH & PROFESIOANAL SIAP MEMBANTU 24JAM
- TIPS & TRIK SELALU DI INFOKAN KE SEMUA MEMBER HANYA DI SINI
- SEMUA BANK ONLINE 24 JAM ( JIKA TIDAK ADA GANGGUAN )
Nikmati juga HOT PROMO bersama kami:
* BONUS TURNOVER 0.3% (DIBAGIKAN SETIAP 5 Hari 1x)
* BONUS REFERRAL 15% (SEUMUR HIDUP)
Tunggu apalagi bos ^^ Langsung daftar diri anda DI PINOQQ
hubungi melalui LiveChat&WA DAN SIAP melayani 24 jam
- WA : +855 969 787 541
- LINE : pino_qq
- TELEGRAM : +855969787541
- LINK : WWW(.)88PINO(.)COM
Salam Sukses & Hoki
=> DAFTARKAN SEKARANG JUGA <=